Tuesday, February 26, 2013

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP PERINGKAT ZON 2013

1. Kepada Semua Sekolah Pengelola Peringkat Zon 2013.
2. Tuan/Puan boleh download semua dokumen pengelolaan di pautan berikut:
http://mssppbolasepak.wordpress.com/

3. Kepada Semua Sekolah yang akan menyertai kejohanan tersebut boleh juga download semua dokumen di pautan yang sama.
4. Sekian, Terima Kasih.
5. Maklumat lanjut boleh hubungi Ust. Azhar (0194508535).


Thursday, February 16, 2012

Panduan Statistik Bola Sepak Peringkat Zon, Negeri & Kebangsaan

1. Tuan-tuan boleh memuat turun contoh-contoh statistik yang dilampirkan melalui pautan berikut...

http://mssppbolasepak.wordpress.com/

2. Boleh buat ubah-suai mengikut kesesuaian/memudahkan tuan-tuan.

3. TQ!

Tuesday, February 14, 2012

Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Perpaduan 2012

Dapatkan jadual Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah Perpaduan 2012 melalui pautan berikut...

http://mssppbolasepak.wordpress.com/

Sekian, Harap Maklum.

Monday, February 13, 2012

KEJOHANAN BOLA SEPAK MSSPP 2012

1. ASSALAMUALAUKUM / SALAM SEJAHTERA SEMUA...

2. PERHATIAN KEPADA SEMUA PASUKAN/PENGURUS/JURULATIH :
Sila dapatkan maklumat berkaitan Kejohanan Bola sepak MSSPP pada pautan berikut...

http://mssppbolasepak.wordpress.com/

3. Selamat Bertanding!

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa!

Info semasa: Kejohanan Bola Sepak Pembangunan, MSSPP telah berlangsung minggu lepas! Kami akan cuba paparkan sedikit masa nanti....tunggu!

Wednesday, July 8, 2009

Bola Sepak Juara-Juara Sekolah 2009

SMK Guar Perahu, beraksi cemerlang pada perlawanan akhir di kejohanan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Stadium Bertam, Kepala Batas.
Kejohanan bola sepak ini telah bermula sejak 23 Jun hingga 3 Julai 2009. Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SM Teknik Batu Lanchang dengan jaringan 5-0. Mohamad Akram b. Rosli telah muncul wira pasukan SMK Guar Perahu apabila menjaringkan hatrik dan sekaligus telah dinobatkan sebagai pemain terbaik pada perlawanan akhir. Gol-gol lain pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan oleh Mohamad Syafiq b. Yacob dan Muhamad Naim b. Zakaria.
Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Penang Free dengan sebanyak 1-0 manakala SM Teknik Batu Lanchang telah menewaskan SMK Sungai Acheh dengan jumlah jaringan 6-1. Menurut jurulatih En. Md Zaid Yahya, pasukan bimbinganya memang berazam untuk mengekalkan kejuaraan dalam pertandingan bola sepak Juara-juara Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang ini. Kejohanan di peringkat kebangsaan nanti akan dilangsungkan di Kuantan, Pahang pada bulan hadapan. Hadiah kejohanan telah disampaikan oleh En. Mohamad Hassan b. Mohamed, Penolong Pegawai Pelajaran, Pejabat Pelajaran Daerah Utara.

Venue Koordinator Bertugas!...Macam kenal je?

Kejohanan Bola Sepak ASAT 2009 P. Pinang

SMK Guar Perahu sekali lagi muncul juara dalam pertandingan bola sepak ASAT peringkat negeri Pulau Pinang tahun 2009. Perlawanan akhir tersebut telah berlangsung di Padang SJKC Pei Teck, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Pada perlawanan Akhir tersebut pasukan SMK Guar Perahu berjaya mengalahkan pasukan SMK Teluk Kumbar dengan jaringan 4-0. Gol-gol pasukan SMK Guar Perahu dijaringkan Mohamad Akram b. Rosli, Mohamad shukri b. Md. Shaker, Mohd Kamal b. Ahmad dan Muhamad Naim b. Zakaria.
Sebelum itu kedua-dua pasukan telah mengalahkan lawan masing-masing diperingkat separuh akhir. SMK Guar Perahu menewaskan SMK Sungai Acheh dengan sebanyak 2-1 manakala SMK Teluk Kumbar telah menewaskan Sekolah Sukan, SMK Mutiara Impian dengan jumlah jaringan 2-0. Hadiah Kemenangan disampaikan oleh Tn. Hj. Ibrahim b. Mohamad, Pengarah Pelajaran Negeri Pulau Pinang.
Hasil Kemenangan ini pasukan Bola Sepak SMK Guar Perahu akan mewakili negeri Pulau Pinang diperingkat kebangsaan.

Tuesday, July 7, 2009

Kejohanan MSSM di Kelantan

Tahniah kepada semua pasukan Bola Sepak, MSSPP yang telah bertanding di kejohanan MSSM tempohari...
Pasukan Adik-adik 12 TKB MSSPP telah muncul Johan Kebangsaan, Kena Tabik spring kat depa...memang HEBAT! 8 pemain terpilih wakil kebangsaan... malangnya Virus H1N1 membataskan mereka ke Jepun. Dalam kejohanan MSSM tempohari skuad 12 tkb ini turut memenangi pemain terbaik perlawanan akhir - Adik Syafiq dan penjaring terbanyak.
Bagi pasukan 15 dan 18 TKB telah berjaya mengekalkan prestasi tahun sebelumnya -layak ke peringkat suku akhir. Beberapa pemain dari pasukan 15 dan 18 TKB ini turut terpilih untuk pemilihan team Malaysia dan Bukit Jalil.

Lama tak update!

Mohon banyak kemaafan ...sekian lamanya tak update blog...!
Kesibukan xtvt di sekolah membataskan usaha ini...
walau bagaimanapun pihak webmaster akan cuba paparkan semua program-program dan aktiviti msspp selepas ini...

Sunday, May 17, 2009

Sunday, May 3, 2009

KEPUTUSAN FINAL BOLA SEPAK MSSPP 2009

12 TKB

Zon BM (2) VS. Zon Kepala Batas (1)
Johan : Zon Bukit Mertajam
Naib Johan : Zon Kepala Batas
Ketiga : Zon Nibong Tebal dan Zon Balik Pulau
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : MUHAMMAD AMIRUL BIN MOHAMAD (Zon BM)
Penjaring Terbanyak Kejohanan : Mohd Nazrul Najmi Mohd

15 TKB
Zon Jelutong (0) VS. SMK Mutiara Impian ( 0)
Selepas tambahan masa kedudukan masih terikat 0-0,
Keputusan sepakan Penalti : Zon Jelutong Muncul Juara
Naib Johan : Sekolah Sukan SMK Mutiara Impian
Ketiga : Zon Butterworth dan Zon Balik Pulau
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : AHMAD FITRI (Zon Jelutong)
Penjaring Terbanyak Kejohanan : AMIRUL SYAZANI - SMKMI


18 TKB
Zon Jelutong (0) VS. SMK Mutiara Impian ( 2)
Johan : Sekolah Sukan SMK Mutiara Impian
Naib Johan : Zon Jelutong
Ketiga : Zon Butterworth dan Zon Bukit Mertajam
Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Muhd Ridzuan Azly Husam - SMKMI
Penjaring Terbanyak Kejohanan : Muhd Ridzuan Azly Husam - SMKMI


FINAL 18 TKB : ZON JELUTONG VS. SMK MUTIARA IMPIAN


ACARA SELINGAN (WAKTU REHAT) PERSEMBAHAN KAWAD FORMASI DARI PASUKAN KRS SMK GUAR PERAHU TETAMU KEHORMAT : TUAN HJ. ABU BAKAR B. MUAD, PEGAWAI PELAJARAN DAERAH UTARA
FINAL 15 TKB : ZON JELUTONG VS. SMK MUTIARA IMPIAN
FINAL 12 TKB : zON BUKIT MERTAJAM VS. ZON KEPALA BATAS